KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) yang tidak berubah pada 3.0 peratus dalam Pernyataan Dasar Monetari keenam dan terakhir untuk 2023 pada Khamis, 2 Nov bagi mengelakkan kejutan pasaran atau memberi tekanan kepada ekonomi.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI Kashif Ansari berkata semua petunjuk menggambarkan bahawa negara tidak memerlukan kadar OPR lebih tinggi buat masa ini, manakala inflasi berada dalam kawalan dan pertumbuhan ekonomi lembap.
"Disebabkan bank ini adalah antara yang pertama di dunia yang mula menaikkan kadar dalam kitaran ini, Malaysia mampu menangani inflasi tanpa kemelesetan. Ini baik untuk pasaran perumahan.
"Pasaran perumahan dan kewangan menyambut baik apabila kadar merosot, tetapi mereka tidak sukakan kejutan, dan keputusan untuk tidak melaraskan kadar itu telah dijangka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Kashif berkata sebahagian pihak telah menyarankan bank pusat meningkatkan OPR untuk membantu membendung kejatuhan ringgit memandangkan mata wang tempatan telah menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
"Kadar faedah lebih rendah di Malaysia berbanding AS. Oleh itu, banyak pelabur menggerakkan wang mereka ke AS untuk pulangan tinggi bagi tunai dan bon. Dengan meningkatkan OPR, bank ini diharap membantu ringgit meraih semula sebahagian daripada nilainya. BNM mungkin masih melakukannya pada 2024.
"Kewangan isi rumah yang teguh dan pekerjaan yang kukuh merupakan dua daripada petunjuk yang kita perhatikan untuk menilai bagaimana permintaan perumahan mungkin menjadi trend. Kedua-duanya telah bersedia," katanya.
Kashif berkata keputusan bank pusat untuk mengekalkan OPR yang tidak berubah pada bulan tersebut akan membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi semasa dan mendorong lebih ramai individu untuk membeli rumah sendiri, sebagai asas kepada keselamatan ekonomi.
"Pada 2024, sekiranya Rizab Persekutuan AS terus mengekalkan rejim kadar faedah 'lebih tinggi untuk tempoh lebih lama,' BNM akan mengalami lebih banyak tekanan untuk menaikkan kadar dan membendung kejatuhan ringgit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Menurut Juwai IQI, semua petunjuk menggambarkan bahawa negara tidak memerlukan kadar OPR lebih tinggi buat masa ini, manakala inflasi berada dalam kawalan dan pertumbuhan ekonomi lembap. - Gambar fail/Bernama
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.